MELAKSANAKAN TATA CARA BERZIKIR
DAN BERDOA SETELAH
SHALAT
Makalah ini ditulis guna
memenuhi tugas
Mata kuliah: Telaah PAI
Dosen Pengampu: Drs H.
Akhirin MAg
FAKULTAS TARBIYAH
INSTITUT ISLAM NAHDLATUL ULAMA
JEPARA 2012
BAB
I
Pendahuluan
A. Latar belakang masalah
Zikir
atau membaca puji-pujian adalah salah satu ibadah yang paling agung. Setelah
mengingatkan kaum muslimin akan kenikmatan-Nya di mana ketika diubahnya kiblat
mereka dari Bait al-Maqdis dan diutusnya Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa
sallam, Allah ta’ala memerintahkan mereka agar berzikir kepada-Nya.
Zikir merupakan penzahiran yang
nyata terhadap rasa syukur kepada Allah Ta’ala atas kenikmatan besar ini, iaitu
dengan diubahnya kiblat kaum muslimin menjadi ke arah Ka’bah, dan diutusnya
Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w).Dan Allah SWT Telah
berfirman: “Dan laki-laki dan perempuan yang banyak berzikir menyebut (nama)
Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar.” (al-Ahzab,
33: 35)
Oleh kerana itu, jika kita
perhatikan tidaklah ada suatu keadaan atau waktu yang kita dianjurkan untuk
berzikir secara khusus padanya, melainkan beliau telah menjelaskan kepada
umatnya.Beliau telah menjelaskan zikir tersebut lengkap dengan tata
caranya.Dimulai dari zikir semenjak kita bangun tidur, sehingga kita hendak
tidur kembali.Bahkan di ketika kita terjaga di waktu malam, telah diajarkan dan
ditunjukkan/dicontohkan zikir-zikir yang sesuai dengannya. Bila kita membuka
pelbagai kitab-kitab kumpulan zikir Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam yang
ditulis oleh para ulama’, niscaya kita akan mendapati bahawa seluruh keadaan
manusia dan perbuatannya, sama ada dalam solat atau di luar solat, telah
diajarkan zikir yang sesuai dengan keadaan itu.
Berdasarkan suasana semasa
di masa ini, selain menjadi kenikmatan, juga ada sebahagian keadaan dan tempat
menjadi tentangan bagi kita.Sejauh manakah pengamalan kita terhadap
sunnah-sunnah beliau shollallahu ‘alaihi wa sallam dalam berzikir kepada Allah?
Oleh kerananya, tidak ada alasan lagi bagi sesiapa pun untuk mereka-cipta zikir yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam. Mari kita selidiki hadis berikut, dengan harapan agar kita mendapat pelajaran penting tentang tata cara berzikir.
Oleh kerananya, tidak ada alasan lagi bagi sesiapa pun untuk mereka-cipta zikir yang tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam. Mari kita selidiki hadis berikut, dengan harapan agar kita mendapat pelajaran penting tentang tata cara berzikir.
B.
Rumusan Masalah
1. Apakah yang dimaksud dengan
dzikir
2. Bolehkah berzikir secara
berjamaah
3. Bagaimanakah cara berzikir
yang betul
BAB II
PEMBAHASAN
A.
Maksud dan pengertian zikir
Zikir
berasal dari kalimat ذكر، يذكر، ذكرا yang
membawa maksud mengingat sesuatu atau menyebutnya selepas terlupa atau berdoa
kepada Allah.Zikir juga membawa maksud mengingat sesuatu atau menghafaz
sesuatu.Juga dapat dimaksudkan dengan sesuatu yang disebut dengan lidah atau
suatu yang baik. (Rujuk al-Qamus oleh Fairuz Abadi, Lisanul arab,danMu’jam
al-Wasit.
Menurut
imam an nawawi “Berzikir adalah suatu amalan yang disyari’atkan dan sangat
dituntut di dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah.afdhalnya
dengan kedua duanya sekali(Rujuk: al adzkar,m/s 23). Zikir juga bermaksud
shalat,membaca Alquran,bertasbih,berdoa,bersyukur,dan taat.(rujukan: lisanul
arab).
Zikir
menurut syari’at ialah setiap ucapan yang dilakukan bagi tujuan memuji dan
berdoa.Iaitu lafaz yang digunakan untuk beribadah kepada Allah, berkaitan
dengan pengangungan terhadap-Nya dengan menyebut nama-nama atau
sifat-sifat-Nya, memuliakan dan mentauhidkan-Nya, bersyukur dan mengangungkan Zat-Nya,
membaca kitab-Nya, dan berdoa kepada-Nya.(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyah, jil.
21, m/s. 220).Imam an-Nawawi di dalam kitabnya, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya
zikir tidak hanya tasbih, tahlil, dan takbir, bahkan zikir ialah setiap amalan
ketaatan yang dilakukan kerana Allah”. (Rujuk al-Adzkar, m/s. 7),
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, “Zikrullah juga bermaksud berterusan melakukan perkara yang wajib atau yang sunat seperti membaca al-Qur’an, membaca hadis, dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Nuzhatu al-Muttaqin; Zikir meliputi solat, membaca al-Qur’an, berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta menurut ilmu”.(fathul bari,11/250).
Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, “Zikrullah juga bermaksud berterusan melakukan perkara yang wajib atau yang sunat seperti membaca al-Qur’an, membaca hadis, dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Nuzhatu al-Muttaqin; Zikir meliputi solat, membaca al-Qur’an, berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta menurut ilmu”.(fathul bari,11/250).
B. Perintah,gerakan dan
saranan berzikir
“Hai
orang-orang yang beriman, berzikirlah (menyebutlah nama) Allah, dengan zikir
yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”(QS
AL Ahzab,33). Ayat ke-42 ini mengisyaratkan bahawa berzikir kepada Allah
subhanahu wata’ala boleh dilakukan dalam apa jua waktu.
C. Ganjaran bagi mereka yang berdzikir
Allah
subhanahu wa Ta’ala amat menyukai golongan yang sentiasa berzikir dan
mengingati-Nya. Pelbagai ganjaran dan kedudukan tertentu akan diberikan kepada
individu yang sentiasa menjaga dan melaksanakan zikir dengan sebaik-baiknya.
Sebahagiannya, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan
perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki
dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan
perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan
perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,
laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah
menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besarBanyak sekali zikir-zikir
dan doa dari hadis-hadis mahupun al-Qur’an yang menjadi panduan buat kita untuk
menjauhkan diri dari gangguan syaitan dalam keadaan dan waktu-waktu tertentu. Sebagaimana
contohnya ayat alqursi dan do’a-do’a yang lain.
Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang berpaling
dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al Quran), kami adakan baginya syaitan
(yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu
menyertainya.”(AZ Zukhruf 43:36).
C. Berzikir dengan perlahan
dan merendah diri adalah sunnah.
Allah
SWT berfirman :
“Dan
berzikirlah (sebutlah) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan senja, dan janganlah
kamu menjadi orang yang lalai”.(Ala’raf 7 : 25).
Imam
al-Qurthubi al-Maliki ketika menafsirkan ayat ini berkata:
“وَدُونَ الْجَهْر - Dunal Jahri - (tidak mengeraskan suara) maksudnya ialah: tidak meninggikan suara, iaitu cukup dengan memperdengarkan diri sendiri, sebagaimana firman Allah: ‘dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu.’ Maksudnya: antara mengeraskan suara dan merendahkannya. Dan ayat ini menunjukkan bahawa meninggikan suara ketika berzikir adalah terlarang.”(al-jami’ li ahkam alqur’an,oleh Al Qurtubhi al-maliki,7/55).
“وَدُونَ الْجَهْر - Dunal Jahri - (tidak mengeraskan suara) maksudnya ialah: tidak meninggikan suara, iaitu cukup dengan memperdengarkan diri sendiri, sebagaimana firman Allah: ‘dan carilah jalan tengah di antara keduanya itu.’ Maksudnya: antara mengeraskan suara dan merendahkannya. Dan ayat ini menunjukkan bahawa meninggikan suara ketika berzikir adalah terlarang.”(al-jami’ li ahkam alqur’an,oleh Al Qurtubhi al-maliki,7/55).
D.
Sunnahkah amalan berdoa
secara Berjama’ah selepas shalat.
Sheikhul
Islam Ibn Taimiyah rahimahullah menjelaskan, “Mengenai perbuatan imam dan
makmum yang berdoa bersam-sama (berjama’ah) selepas solat, tidak seorang pun
menukilkan perbuatan itu daripada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.”
(al-Faataawa al-Kubra, 1/171)
Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan, “Berdoa selepas salam sama ada menghadap ke arah kiblat atau menghadap kepada makmum, semua itu tidak diajar oleh Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pernah diriwayatkan daripada baginda sama ada dengan sanad yang sahih atau hasan.” ...“Secara umumnya, doa itu sendiri dilakukan ketika solat bererti munajat kepada Allah.Oleh itu, mengapa seseorang tidak berdoa ketika sedang bermunajat kepada Tuhannya.Sedangkan, seseorang hamba itu paling hampir dengan Tuhannya adalah ketika shalat”.
Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan, “Berdoa selepas salam sama ada menghadap ke arah kiblat atau menghadap kepada makmum, semua itu tidak diajar oleh Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pernah diriwayatkan daripada baginda sama ada dengan sanad yang sahih atau hasan.” ...“Secara umumnya, doa itu sendiri dilakukan ketika solat bererti munajat kepada Allah.Oleh itu, mengapa seseorang tidak berdoa ketika sedang bermunajat kepada Tuhannya.Sedangkan, seseorang hamba itu paling hampir dengan Tuhannya adalah ketika shalat”.
Beberapa
tempat yang diisyaratkan Doa/Dzikir dibaca dengan kuat.
1. Doa Qunut Berjama’ah
2. Doa khatib yang baca
khutbah
3. Takbir hari raya
4. Talbiyah haji
5. Doa shalat
istisqa’(solat/doa minta diturunkan hujan).
6 - Ketika meng-Amiinkan
bacaan al-Fatihah di dalam Solat. (Berjama'ah)
Diantara tangisan dan
menyembunyikandzikir“Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi Allah di
bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya, iaitu:
Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada Tuhannya,
laki-laki yang hatinya senantiasa tekait dengan masjid, dua orang yang saling
mencintai kerana Allah, mereka bersatu dan berpisah di atas dasar cinta ini,
seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita bangsawan (memiliki kedudukan sosial)
dan berparas cantik, kemudian ia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
orang yang bersedekah dengan suatu sedekah yang ia sembunyikan, sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan
seseorang yang berzikir kepada Allah di kesunyian, kemudian berlinanglah kedua
matanya.” (Riwayat Bukhori,1/234, hadits no: 629. Dan Muslim, 2/705, hadits no:
1032).
BAB II
PENUTUP
A.
Kesimpulan:
1 – Berzikir adalah suatu yang disyari’atkan dan merupakan amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah.
1 – Berzikir adalah suatu yang disyari’atkan dan merupakan amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah.
2 –
Berzikir tidak terhad dengan tasbih, tahmid, tahlil, atau takbir semata-mata.
Tetapi maksud kalimat zikir itu sendiri boleh membawa pengertian/penisbahan
kepada majlis ilmu, kuliah ilmu, doa, bacaan al-Qur’an, perbincangan tentang
agama, dan solat. Ia juga merangkumi segala amal yang merupakan perbuatan
taqarrub mengingati Allah yang berupa ketaatan.
3 –
Kalimat/lafaz zikir yang di-amalkan dan dipraktikkan mestilah tsabit dan sahih
dari saranan wahyu iaitu sama ada dari dalil al-Qur’an mahupun sunnah. Dan
lafaz-lafaz zikir tidaklah boleh direkacipta menurut kehendak hawa nafsu.
4 –
Berzikir yang betul adalah dengan cara merendahkan suara dan tidak
menguatkannya, cukup untuk diri sendiri mendengarnya. Di samping hati yang
ikhlas dan tulus karena mencari kerendahan Allah semata-mata.
5 –
Berzikir secara berjama’ah bukanlah suatu sunnah tetapi adalah merupakan bid’ah
iaitu suatu ritual dan amalan yang se-akan-akan ibadah yang di-ada-adakan tanpa
berpandukan dalil. Juga tidak tsabit kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam terhadap
amalan berdoa secara berjama’ah sebaik sebaiknya selesai shala.
6 –
Tiada dalilnya yang menunjukkan adanya zikir-zikir yang dilafazkan dalam bentuk
berlagu (nyaring) dan berirama atau dengan intonasi-intonasi yang tertentu.
B.
Saran
Dengan makalah ini, saya buat yang mestinya tidak jauh dari kekurangan
dan kesalahan, sehingga saran maupun kritikan sangat saya harapkan. Dan perlu
di tinjau atau di kaji ulang untuk mencapai kesempurnaan, dalam dunia ini tidak
ada suatu hal yang sempurna begitu juga dengan makalah ini, karena kesempurnaan
itu milik Allah SWT. Akan tetapi harapan saya semoga makalah ini dapat
bermanfaat bagi pemakalah dan para pembaca.
DAFTAR PUSTAKA
-Naufal-abu mahalli,Doa yang di
dengar allah .yogjakarta;pustaka firdausi,.2000 hlm 49
- Badruzzaman ahmad dimyati ,zikir berjamaah sunnah atau bid’ah.jakarta:
republika,2003 hlm 72 81 113
-Hafbi abu, kekuatan dzikir
&ruqyahjakarta : qultum media,2006 hlm- 83
- Zahra Tim, Zikir zikir penenang & penentraman hati
ajaran nabi,Jakarta: Zahra publishing house;2006
- Amin Muhammad, al-Lughat al-’Arabiyyah Ma’nâhâ wa Mabnâhâ
(Mesir: Dâr el-Fikr, 1980), hlm. 57.
No comments